"Bismillaah hirRahmaanir Rahiim"(dengan nama Mu ya Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang)... "Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh"(salam sejahtera)... "jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada ANDA yang sudi meluangkan masa menjenguk halaman yang tidak seberapa ini..."Ya Allah, berikanlah kejayaan kepada Mohd Fadzil Bin Mohd Amin..

Jumaat, 2 Januari 2009

Watak itu aku, kamu dan manusia

Ketika itu suhu jatuh mendadak 13 darjah celcius di kota seribu menara daerah Dakhelia negeri pasir. Manusia si pejalan kaki yang masih hidup di luar rumah mu masing-masing menyedut dan menghembuskan nektar alam bersama kabus ribut udara salju syita(musim sejuk). Kamu bersama tubuh gemalai menahan lapar dalam kesejukan malam membelah udara kota Nil A’rusah mencari sesuatu yang belum di temui. Dalam benak fikiran mu. Kamu beritahu orang lain yang kamu runsing dengan dunia kamu. Di luar sana manusia sang penghuni dunia asyik mengangkat senjata merebut hak kuasa mengawal dunia. kamu seorang diri melangkah kaki longlai, lemah dan hampir pengsan dengan diri kamu sendiri.


Pernah dahulu kamu terangkan pada dunia semua yang kamu ini berhak dengan keputusan yang kamu tetapkan. Jeritan itu kamu laungkan dalam prinsip perjalanan hidup sehari-hari mu. Tapi manusia-manusia itu tidak menghiraukan kamu. Siapa kamu untuk mereka dan seisi dunia ini. Kamu serpihan kecil dari seluas alam cakerawala ini. Mereka tidak akan pernah lihat kamu dari sudut pandangan kamu melihat mereka. Mereka anggap kamu ini goblin kotor yang sentiasa menghasut dan mengecewakan orang-orang di sekeliling kamu. Rupa kamu mereka lukis seperti wajah lelaki cacat yang buta sebelah matanya seperti tayangan filem alien Amerika. Kamu manusia aneh untuk mereka semua. Kamu sampah!!..


Syita yang menjemput ku ini membawa bersamanya sebuah jalan cerita yang panjang tentang hidup kamu yang dahulu dan sekarang. Hampir separuh hidup kamu telah aku bongkarkan dalam seni origami yang aku temui di halaman diari kisah hidup mu. Kamu fikir aku ini manusia biasa seperti mereka-mereka yang kamu temui di tepi jalan dahulu. Kamu fikir dunia ini dapat memperbudakkan ku dengan topeng buruk makhluk aneh goblin mu itu. Aku sudah bersedia untuk bertemu si goblin bermata satu itu. Nah!.. biar suhu dan cuaca sejuk ini yang akan menghancurkan topeng buruk mu itu dari terus melakonkan watak utama dalam kisah hidup ku. Kamu nyatakan hujan mengiringi mu kala itu..


Manusia yang memandang dari jauh itu adalah kepunyaan mu. Dia menghubungi mu dari pandangan anak matanya. Dia berbicara dengan mu melalui hembusan angin yang tiap kali menyentuh kulit halus mulus mu. Nalurinya membara untuk membelai dan menghangatkan mu dari kesejukan air mata. Dia menyuruh mu dan semuanya tenang dengan segala situasi yang kamu tempuhi. Dahulu kamu di tempat sendiri, dekat dengan orang tua mu, mudah pergerakan mu ke sana-sini. Kali ini, kamu berseorangan semula seperti waktu sembilan bulan di alam kejadian mu. Pengalaman akan mematangkan kamu. Kesusahan dan kesedihan hari ini akan membawa mu kepada ketenangan dan berlapang dada untuk bernafas di hari esok.


Kaget. Sedar. Aku terhenti di lampiran agung kalam Pencipta. “Mereka merancang, dan Allah juga merancang, dan(ingatlah) Allah sebaik-baik perancangan”(Maksud ayat al-Quran 03:54). Biar lafaz ini sudah berjuta kali di ungkapkan dan di lontarkan. ... Ini.... Mengaku dengan rasa bersalah hampir pengsan memohon maaf kepada semua atas segala-galanya. Ini hakikat dan realitinya. Aku memang seorang manusia yang sering melakukan kesalahan dan kesilapan. Tidak sesama hamba, ianya kepada Pencipta segala hamba. Maafkan lah daku.. Astaghfirullah(aku memohon ampun dari mu Ya Rabb)..


Hujan… terus lah bawa daku bersama syita(musim sejuk)Perlembahan Nil menjadi satu…