"Bismillaah hirRahmaanir Rahiim"(dengan nama Mu ya Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang)... "Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh"(salam sejahtera)... "jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada ANDA yang sudi meluangkan masa menjenguk halaman yang tidak seberapa ini..."Ya Allah, berikanlah kejayaan kepada Mohd Fadzil Bin Mohd Amin..

Ahad, 26 April 2009

Tawakal

Benar. Tuhan telah memberi jalur dan warna tertentu untuk setiap manusia. Dia yang Maha Esa telah mencipta bumi, langit, syurga, bintang-bintang, bulan dan hujan. Tuhan juga yang mencipta manusia. Memberi akal dan deria rasa untuk memahami keadaan semua perkara..

Manusia itu tidak berada di dunia dengan tiba-tiba, tidak tumbuh bersama pokok-pokok dan makhluk aneh sebelum mereka. Sebagai manusia(hamba) mereka pasti akan di duga, di beri bahagia, di acuh luka rasa kecewa, dan di beri peta. Terkadang ada bahagian yang boleh di lakar. Selalunya ada bahagian cuma di rencanakan ke hadapan mendahului masa realiti mereka, dan Dia Tuhan yang lebih menentukan..

Peta itu ada sudut sudah di gores, dan ada bucu masih kosong menanti masa untuk di lukis. Benarlah, Tuhan selalu punya rahsia...

Sehingga tiba waktu itu
, baru terhantuk sedar dan menyesal dengan segalanya...

Selasa, 14 April 2009

Sang Pelangi


Aku mahu jadi seperti sang pelangi di atas sana, di pandang sepi dan sendiri. Wujud selepas berakhirnya hujan duka, lalu membentuk jalur jambatan cahaya sakti di siang hari. Menghiburkan hati manusia yang duka lara akan limpahan air mata sebentar tadi. Terus-menerus kekal tersenyum sehinggalah terik suria membaham makar saktinya dan membawa bersamanya spektrum tujuh cahaya itu terbang semula mengikut detik waktu yang terus berjalan rata..

Sang pelangi pasti akan melarut bersama memori indah dalam sisa waktu yang sempat untuk menghargai dan di hargai..

Maha suci Allah untuk segala-galanya.. (ketentuan).