Rabu, 31 Disember 2008
Belasungkawa Palestin
Dengan darah dan kehancuran mereka isi segenap ruang merah kehidupan seharian... Tiada pembelaan dan semuanya janji kosong dunia...
Di mana kita semua (buih-buih yang berterbangan). Terbang dan lenyap di tiup angin mimpi dan cintakan dunia sendiri-sendiri. "Allahhumma ansuril Islam wal Muslimin wal Mujahideen fi kulli makan wa fi kulli zaman" istajib du'a ana ya Rabb.. Ameen.
Khamis, 18 Disember 2008
Keliru
Kadang-kadang perkataan tak mampu untuk terangkan situasi sebenar sesuatu keadaan. Sepertinya juga ukiran objek keras yang kaku, lukisan alam sekeliling, potret, dendangan Post Rock yang mengasyikkan dan segala yang bergerak tanpa kata. Mereka bisu, aneh dan berseni. Mereka ini semuanya bebas dan bersedia untuk di terjemahkan. Malah, hakikatnya maksud dan objektif sebenar karya itu semuanya terletak pada penciptanya sahaja.
Menterjemah tanpa kata sungguh mengasyikkan...
Langgan:
Catatan (Atom)