"Bismillaah hirRahmaanir Rahiim"(dengan nama Mu ya Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang)... "Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh"(salam sejahtera)... "jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada ANDA yang sudi meluangkan masa menjenguk halaman yang tidak seberapa ini..."Ya Allah, berikanlah kejayaan kepada Mohd Fadzil Bin Mohd Amin..

Isnin, 15 Jun 2009

Sedarkan aku

Aku sedar rasa sedih dan kecewa yang kamu lontarkan dengan bahasa kaku itu berpunca dari kesilapan ku yang dahulu. Di waktu ketika mana semuanya mula bercambah harum, mekar dan mewangi memenuhi ruang hari-hari sepi ku. Dan sebaliknya hari-hari yang berlalu diruang sebelah kehidupan mu itu mula semakin sempit, mengecil dan terbatas sunyi. Aku curi waktu-waktu serius mu, aku rampas rasa tanggungjawab mu terhadap sosial peribadi dunia realiti mu. Aku sedar semua itu lahir dari kesilapan ku sewaktu dahulu yang tamak haloba dalam memiliki jiwa manusia. Dan semuanya bermula kerana kamu yang paling rapat dalam hidup ku. Hanya kamu..

Cinta bukan untuk melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan juga menimbulkan tangis sendu sedan setiap masa. Cinta menghidupkan pengharapan, menguatkan hati dalam perjuangan menempuh onak dan duri penghidupan. Juga mengajar erti tabah dalam setiap kegagalan yang menjadi parasit tumpangan sementara di dahan kehidupan. Untuk kamu, selamanya biarlah rasa dan tubuh ini hancur lebur menjadi sakti ajaib pendorong dan pendukung mu agar menjadi lebih kuat dan bersemangat menempuh gelombang samudera hidup untuk mencari keredhaan Pencipta segalanya. Dengan janji sedaya mampu, mengaharapkan peluang terbuka luas untuk menebus segala kesalahan lalu, aku akan senantiasa bersama kamu menempuh onak dan duri penghidupan yang mendatang...

Maafkan dan sedarkan daku, sangat-sangat berharap ruang selesa menanti mu di hadapan lembaran sana...

Tiada ulasan: