"Bismillaah hirRahmaanir Rahiim"(dengan nama Mu ya Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang)... "Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh"(salam sejahtera)... "jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada ANDA yang sudi meluangkan masa menjenguk halaman yang tidak seberapa ini..."Ya Allah, berikanlah kejayaan kepada Mohd Fadzil Bin Mohd Amin..

Rabu, 28 Disember 2011

Saat yang termampu

Mereka berkata, masa akan mengubati segalanya.

Namun, hingga ke saat ini diri masih lagi menanti.

Tandus

Tandus. Kamu pernah berjalan di dunia itu. Kejadian yang dicipta itu bukan sengaja di ada-adakan. Nun di hujung sana ada pohon yang merimbun. Tempat berteduh untuk sekalian ciptaan.

Formulanya, yang fitrah harus kembali mengikut sunnah. Biar kering, biar terasing, biar sehebat mana pun dunia itu mendapatkan mu tetaplah untuk mencari fitrah insani. Jangan kembali tandus.

Tidak lama lagi angin sejuk dari hujung dunia akan membawa awan hujan untuk mencurah dan membasahi dunia ini. Biar ia lembab, basah, banjir, langsung tenggelam dalam lautan kejadian asal. Andai mereka tidak tahu. Mereka-mereka tahu kejadian kamu.