Ahad, 9 Ogos 2009
Jalan 10:14
Dunia sebegitu. Rupa bumi yang berubah-ubah setiap masa. Memusatkan semua benda mendongak ke arah kayangan cakerawala Bima Sakti. Dunia sains yang sentiasa bergerak mengikut Sunnah Pencipta.
"Demi matahari dan sinarnya pada pagi hari. Demi bulan apabila mengiringinya. Demi siang apabila menampakkannya. Demi malam apabila menutupinya(gelap-gelita). Demi langit serta pembinaannya(yang menakjubkan). Demi bumi serta penghamparannya. Demi jiwa serta penyempurnaan(ciptaan) nya. Maka Dia mengilhamkan kepadanya(jalan)kejahatan dan ketakwaannya. Sungguh beruntung orang yang menyucikannya(jiwa itu). Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya" (Maksud ayat Al-Quran 91:1-10).
Selasa, 7 Julai 2009
Dunia yang sama

Lumpur kota itu masih sama seperti dahulu. Licik dan menggoda. Pasti memerangkap sesiapa saja yang terpedaya dengan hiasan luaran tanah lembut itu. Yang kaya terus dengan kekuasaannya, yang miskin hina terus-terusan dengan perjalanan sempit untuk menjadi ahli masyarakat dunia. Manusia di sini yang aku tinggalkan bertahun dahulu semakin runtuh akan akhlaknya. Dosa pahala bercampur gaul menjadi sahabat setia, bahkan bersumpah setia menjadi saudara kandung rapatnya. Tidak mahu berpisah.
Kuala Lumpur, kotaraya ujian untuk membentuk diri menjadi hamba.. Hamba manusia, material kekuasaan atau Pencipta segala-galanya(Rabbul Alamin). Selamatkan kami dari fitnah dunia yang sama ya Rabb..
Rabu, 24 Jun 2009
Mimpi yang terhimpun

Sudah beberapa malam semua rasa bersatu dan terhimpun dengan mimpi-mimpi di tanahair. Sekian lama kerinduan itu berkumpul dan tersimpul di setiap ruang. Segalanya seakan jelas terbayang di depan mata. Demi memohon restu, menzahirkan khabar hakiki depan mata dan mencari semangat baru, maka akhirnya aku mengambil keputusan terbang pulang.
Semua rasa bercampur-baur satu demi satu.... Nantikan daku.
Isnin, 15 Jun 2009
Sedarkan aku
Aku sedar rasa sedih dan kecewa yang kamu lontarkan dengan bahasa kaku itu berpunca dari kesilapan ku yang dahulu. Di waktu ketika mana semuanya mula bercambah harum, mekar dan mewangi memenuhi ruang hari-hari sepi ku. Dan sebaliknya hari-hari yang berlalu diruang sebelah kehidupan mu itu mula semakin sempit, mengecil dan terbatas sunyi. Aku curi waktu-waktu serius mu, aku rampas rasa tanggungjawab mu terhadap sosial peribadi dunia realiti mu. Aku sedar semua itu lahir dari kesilapan ku sewaktu dahulu yang tamak haloba dalam memiliki jiwa manusia. Dan semuanya bermula kerana kamu yang paling rapat dalam hidup ku. Hanya kamu..
Cinta bukan untuk melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan juga menimbulkan tangis sendu sedan setiap masa. Cinta menghidupkan pengharapan, menguatkan hati dalam perjuangan menempuh onak dan duri penghidupan. Juga mengajar erti tabah dalam setiap kegagalan yang menjadi parasit tumpangan sementara di dahan kehidupan. Untuk kamu, selamanya biarlah rasa dan tubuh ini hancur lebur menjadi sakti ajaib pendorong dan pendukung mu agar menjadi lebih kuat dan bersemangat menempuh gelombang samudera hidup untuk mencari keredhaan Pencipta segalanya. Dengan janji sedaya mampu, mengaharapkan peluang terbuka luas untuk menebus segala kesalahan lalu, aku akan senantiasa bersama kamu menempuh onak dan duri penghidupan yang mendatang...
Maafkan dan sedarkan daku, sangat-sangat berharap ruang selesa menanti mu di hadapan lembaran sana...

Selasa, 9 Jun 2009
Simpati Masa
Ada seorang manusia, sesat di tengah terik cuaca gurun sahara. Matahari sejengkal dari kepala. Pandangan sekelilingnya semua putih sama dan serupa. Pasir halus yang membakar, tanah gersang yang tandus jerlus, sunyi bertemankan suara angin santau yang membunuh semangat berdiri. Manusia itu masih berjalan sendiri, terperangkap dalam ruang fikiran nya untuk mencari jalan keluar. Dan demi masa. Samada di hujung sana ; bayangan oasis satu realiti, ataupun fatamorgana dusta memuntahkan nista membaham diri.
"Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."(Maksud ayat Al-Quran 103:1-3)
Harap masa memberi simpati manusia ini mencari sisa diri...
Langgan:
Catatan (Atom)