Hati melonjak riang selepas tamat perlawanan antara hidup mati pasukan
Tepat dengan situasinya, malam ini hanya aku berseorangan terjerit-jerit semangat dan mengeluh kecewa untuk setiap gerak-geri yang di pamerkan oleh pasukan Turki. Hari ini aku seharian di rumah. Mula dari semalam lagi, selepas tamat perlawanan bola antara Sepanyol dan Sweeden, hati terasa rindu sekali akan katil sendiri. Tidak lagi rasa ingin menumpang kasih katil sahabat seperti hari-hari yang sebelum. Nah!.. oleh sebab itu, malam ini aku keseorangan menonton pertarungan getir pasukan kesayangan ku Turki bagi melayakkan diri untuk meneruskan saingan mewakili kumpulan A bersama-sama
Separuh masa kedua semuanya berubah. Seakan-akan sepertinya Fatih Terim(jurulatih pasukan Turki) itu telah memberi suntikan dadah rangsangan untuk pasukannya mencapai kemenangan. 3 gol dapat di jaringkan untuk tempoh 45 minit separuh masa kedua. Sekaligus dapat memintas
Mata yang berat kembali segar. Puas sungguh. Pasukan yang di sokong sepertinya mengikut segala arahan ku. Rasa indahnya saat ini seolah-olah seperti sedang mengaut keuntungan hasil tanaman padi setelah kurang setahun menanam, membaja, meracun dan menjaga. Hari ini seperti segala yang di rancang semuanya menjadi. Hati berbunga-bunga. Mekar dan segar. Rasa puas, bangga dan terharu. Terima kasih kerana hidupkan hati ku yang gundah di awal separuh masa pertama…
Inilah semangat Turki....
1 ulasan:
cayalah tuncay jadik keeper..
Catat Ulasan