"Bismillaah hirRahmaanir Rahiim"(dengan nama Mu ya Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang)... "Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh"(salam sejahtera)... "jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada ANDA yang sudi meluangkan masa menjenguk halaman yang tidak seberapa ini..."Ya Allah, berikanlah kejayaan kepada Mohd Fadzil Bin Mohd Amin..

Isnin, 21 April 2008

Metafizika

"Wahai manusia! Sesungguhnya telah Kami jadikan kamu sekalian daripada seorang lelaki dan seorang wanita, dan Kami jadikan kamu bergolongan dan berbangsa-bangsa,supaya kamu saling kenal di antara satu sama lain. Sesungguhnya orang yang bertakwa paling mulia di sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Menyelidiki". ( Maksud ayat al-Quran 49:13)

"Tiada kelebihan di antara orang Arab dengan bukan orang Arab dan tidak ada kelebihan di antara kulit putih dan kulit hitam,begitu juga sebaliknya. Semuli-mulia kamu ialah orang yang bertakwa". ( Maksud hadis).

"hidup ini terlalu indah tapi keindahan tidak semesti melambangkan keceriaan,,kemungkinan adalah kepalsuan,,cari lah ia dimana-mana,,,apabila temui keindahaan sejati ucaplah padanya "sesungguhnya aku rindu padamu",tapi keindahan hidup yang ditemui mungkin hari-hari terakhir,,maka itulah keindahan yang abadi,,,,live must go on,what ever you do it always become true,,,,we look and we see,,,, Warna kulit dan bahasa yang berlainan adalah suatu tanda kebesaran Ilahi. Bangsa yang memperkosa hak bangsa lain atau orang yang memperbudakkan sesama manusia telah melakukan kesalahan. Tetapi kesalahan tidak boleh ditimpakan kepada si gagah sahaja, yang dijajah dan diperkosa atau diperbudak turut bersalah. Mengapa mahu dijajah?Orang lain tidak dapat menolong kalau yang dijajah telah menggalangkan batang leher sendiri untuk disembelih". ( Hamka)

"Bangsa yang ingin maju mestilah memajukan bahasanya. Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan". (Andre Colin ).

"Bangsa Rom pada masa dahulu sangat kuat berusaha dan rajin bekerja sehingga berjaya kepuncak ketinggian. Namun,setelah ditimpa penyakit lalai dan malas, peradaban yang ditegakkan oleh nenek moyang mereka runtuh sedikit demi sediki. Ketika itu mereka menyangka berusaha dan bekerja itu bukan pekerjaan orang yang merdeka tetapi pekerjaan budak-budak". (Sejarawan)

" Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan, kerana titisan hujan yang jernih juga berasal dari awan yang gelap".(Ana Klebsiella)

1 ulasan:

karmaPolice berkata...

post ni aku buat khas utk ana klebsiella,ayat die wt aku jd cm bersemangat jer..mmg air hujan yg jernih tu turun dr awan yang gelap..
mendalam sungguh seh...