Pagi ini aku mesti tulis, mesti luahkan semuanya yang aku rasa. Biar apa pun akan orang kata selepas ini. aku sudah tidak kisah. Sebab diri ini hanya aku yang mengerti sakitnya, sukanya, sedihnya, sepinya, dan semuanya. Hanya aku..Hati rasa nak pecah, kepala rasa berpusing-pusing, badan rasa lemah dan malas. Kadang-kadang aku fikirkan tentang buku, kadang-kadang fikirkan diri, dan kadang-kadang fikirkan orang yang melingkari kehidupan ku. Dan ini semuanya sekadar berfikir. Takkan kemana kalau sekadar berfikir..natijahnya aku yang mengalami tekanan akibat fikiran tadi. Dan ramai yang seperti ini, berfikir dan terus berfikir akan hal yang memberatkan otak. Mungkin bezanya situasi mereka sebagai pekerja, sebagai guru, sebagai Ibu, sebagai Pemimpin, pelajar, dan lain-lain lagi.
Dan aku akan terus biarkan rasa sakit ini menyelubungi jiwa dan kehidupan ku sehinggalah tamatnya musim tekanan yang bakal di hadapi. Inilah jawapan kepada rasa sakit yang mengganggu jiwa ku. Dan waktu begini rasanya ingin saja aku tidur buat selama-lamanya. Tidak susah-susah untuk memikirkan kesakitan ini. Kesakitan yang mengikat dan menambat setiap hembusan nafas kehidupan ku. Dan mungkin juga aku perlu biarkan sahaja semuanya berlalu dibawa angin hingga ke hujung dunia. Semuanya membuang masa. Teruskan menuju kehadapan. Menghirup udara yang segar di bumi tandus dan gersang. Teruskan menuju kehidupan bosan dan statik tanpa pembaharuan seperti biasa. Biarkan tekanan terus menekan jiwa dan seluruhnya. Biarkan….
Rasa sedih terhadap kemampuan diri sendiri..siapa yang mengerti bantulah daku..
2 ulasan:
salam..where r u study?mesir kah? anyway, good luck eh!!
nih mcm pizzahut depan mesjid haram je...
ke bkn?
Catat Ulasan