"Bismillaah hirRahmaanir Rahiim"(dengan nama Mu ya Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang)... "Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh"(salam sejahtera)... "jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada ANDA yang sudi meluangkan masa menjenguk halaman yang tidak seberapa ini..."Ya Allah, berikanlah kejayaan kepada Mohd Fadzil Bin Mohd Amin..

Jumaat, 4 April 2008

Mual dan muntah


Mual, loya, pening. Lagi teruk muntah terus. Pengalaman pertama naik kapal terbang Qatar Airways ke negeri Pasir. Waktu kecil, inilah saat paling ditunggu, kalaulah dapat naik kapal terbang. Alangkah indah bersama awan dan ketinggian. Dan sekarang, nah..nikmatilah, dan hayatilah. Mampus lepas ni aku tak nak naik dah. Biar balik Malaysia nanti naik kapal laut pun. Aku phobia dengan kapal terbang. Aku muntah!..

Disebelah, lelaki berbadan gempal. Sebelah lagi lelaki negeri asing. Dan aku?.. seorang, dihimpit oleh fizikal dan perasaan yang rimas. Perut rasa ditumbuk, kepala rasa dipusing, mata rasa tertahan. Susah untuk dilelapkan. Semuanya rimas dan meloyakan. Bila diingat waktu menaiki bas awam (Mega Sdn.Bhd.), Sungkai ke Tanjung Malim jauh lebih selesa dan tenang. Walaupun gambarannya semak, uzur dan bising.

Kena dengan waktu dan masanya. Hari itu hari sabtu, jam 0347, 17 september 2007 bersamaan 3 ramadhan. Berlepas dari lapangan terbang KLIA menuju ke negeri pasir. Dan sudah tentunya aku telah menggunakan pakej yang diberi Agama untuk pemusafir seperti aku untuk berbuka puasa. "do you want anything sir?" manusia cantik telah menjamah mata ku. Menghilangkan sedikit keresahan perjalanan yang bakal ditempuh. Makanan pertama terhidang di meja lipat kerusi ku. Lelaki gempal dan asing disebelah ku masih berpendirian teguh menahan kelaparan puasa dan kehausannya.

Lapan jam berlalu di dalam pesawat sungguh membosankan dan mengerikan. Masa yang begitu lambat untuk dihabiskan. Dan kengerian itu di susuli dengan langgaran-langgaran kecil pesawat dengan awan tebal menyebabkan aku yang bertambah tertekan dan sejuk..sampai sejuk badan menahan takut. 1230 tiba di doha untuk transit selama 6 jam. Satu lagi masa yang penat untuk dihabiskan. Doha sebuah ibu negeri yang tandus, kering dan panas hawanya. Dan ini Negara asing yang pertama aku jejaki dalam sejarah Jalan yang berliku. Jauh dari gambaran akal. Sebelum ini, semua negeri asing dalam gambaran minda ku adalah sejuk dan indah seperti di Eropah. Tapi, realiti yang sebenarnya tidak semua. "Masakan semua negeri didunia ini sempurna indah dan sejuk?". Tidak sama sekali….

Perjalanan diteruskan selepas 6 jam membuang masa melihat kehidupan manusia asing di Doha, dan aku juga dilihat sebagai manusia asing bagi mereka yang sudah jemu dan mual dengan kehidupan Doha. Dalam pesawat kali ini, lelaki berbadan gempal dan asing sudah kalah dengan perjuangan keinginan puasanya. Perkara yang sudah dapat aku jangkakan.."ini kan satu permusafiran?", mengapa ingin menyusahkan perkara yang dimudahkan. Aku pula yang berasa malu dengan kekalahan mereka dalam menahan puasa itu tadi. "Apa kata orang disekeliling?". Mereka sentiasa memerhati dan mencari kelemahan orang lain. Tambah lagi bagi seorang muslim. Menampakkan kelemahan umat Islam dalam pegangannya. Semua ini mungkin tidak berlaku jika diamalkan apa yang telah dipermudahkan oleh Islam itu sendiri. Terutamanya dalam bab permusafiran. Entah la, masing-masing punya pendapat tersendiri..

Jam 0655 selamat tiba di negeri Pasir. Keadaan yang lebih kurang sama dengan persinggahan transit Doha tadi. Mimpi ngeri yang mendebarkan telah tamat, dan ditinggalkan bersama muntah di tandas pesawat. Jangan melihat kebelakang lagi, igauan pesawat yang mengerikan sudah berlalu. Tiada mual, loya, pening, ngeri, bahkan sejuk kerana ketakutan dihadapan. Penat pula yang menguasai diri akibat perjalanan yang tegang. Dan penat ini bukan kerana aku berpuasa. Penat ini kerana mual dan bosan dengan situasi tadi..sampai di rumah pelajar nanti ada lagi makanan berbuka yang bakal menyambut ketibaan ku. Dan sekali lagi aku nyatakan situasi permusafiran diriku. Mungkin ada yang sudah mengerti….

1 ulasan:

ihsan_huhu berkata...

ape la yg sampai muntah2..
haih...